Followers

Pada hari ini, eh dah kira semalam la kan 25 Mei? Kawan yg selalu aku cari di tengah malam di kala aku stress-sedih-happy  telah selamat mendirikan rumah tangga. Congrats and selamat pengantin baru.

Malam sebelum status bujang dia terhapus, sempat aku wechat dia.

Aku: selamat pengantin baru!
Kawan: trime kasih..mane hadiah..
Aku: (animation hadiah)
Kawan: trime kasih..dalam ad ape tu?
Aku: eh bukak je la.
Kawan: susah..tgn ad inai
Aku: eh taip wechat boleh pulak eh?
Kawan: pakai 1 jari je touch skrin…
Aku: lepas ni da jd suami org.
Kawan: tula..tgal bpe jam je lg…reen sedih x?
Aku: laaa…awat nak sedih lak? Mesti la happy.
Kawan: bgs la…jgn sdih tau..hee…reen jge dri elok2 ea..
Aku: yeee…tau la. Reen kan dah besar.


Alahai di saat kau menghampiri alam perkahwinan boleh pulak pesan suruh jaga diri pulak kan. Nak kasi aku terharu ke apa ni? Kawan yg baik mesti la happy bila kawan dia bahagia kan? Selamat la kau lepas ni sebab aku tak kan kacau kau tengah-tengah malam lagi. Tak payah la kau tanya aku, “reen kenapa ni?” dengan nada lembut seperti seorang abang yg sedang pujuk adiknya. Thanks sebab sudi tadah telinga dengar aku bebel selama ni. Cepat-cepat bagi aku anak buah tau! Kita sentiasa kawan.
Aura yang memecah semesta  
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian 
Kesepian menyelubungi hari-hariku 
Disajikan dalam doa-doa rindu 
Yang menanti kau datang dan pergi 
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku 
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran 
Disisi cuping di setiap corong 
Lorong yang lohong 
Benar ku tak bohong 
Bila hati menyanyi

Bila rindu 
Terkenang mu sayang terasa sayu 
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam 
Jauh terbang diri ku melayang
(Bila rindu, Ruffedge) 

Jangan lupa ‘pintu doraemon kita' :)



PILIHAN. Kita sentiasa diberi pilihan. Dan kita diberikan kuasa untuk memilih. Tapi sejauh mana kita tahu pilihan itu adalah yg terbaik untuk kita? Untuk masa depan.