Followers

Mak bising sebab aku selalu masak pedas-pedas. Well dah aku masakkan, ofcoz la ikut selera aku. Aku pulak selalu komen yang mak masak tak pedas. Kata mak, kalau mak buat pedas nanti ayah tak makan pulak.

“adik, kamu nak buat apa bawak balik u nanti?”
“entah, tak tau lagi tapi adik nak buat yang ada coklat.”
Bila buat kek atau biskut pulak, aku suka buat yang berunsurkan coklat sebab aku ni gila coklat.


Point aku kat sini, mohon future imam aku sukakan diri anda makan pedas dan coklat.



“Izzul” aku seronok bermain dengan anak pak uda aku yang lahir lebih kurang 2 bulan lepas. Dalam hati aku sebut semula nama Izzul, lantas tersenyum sendiri. Senyuman mengenangkan kisah 10 tahun lepas.


“Masa aku turun nanti, cuba kau tengok budak tu.” bisik Khazi pada aku sambil menunding ke arah seorang budak lelaki dalam bas yang kami naiki. Aku pandang ke arah budak yang dimaksudkan sambil tunjuk isyarat ok.
“Kau tengok tak budak semalam?” tanya Khazi setelah kami bertemu di sekolah keesokan hari.
Aku menganggukkan kepala, “betullah kau cakap dia mesti lambai kat kau.”
“Aku perasan sebelum ni lagi. Setiap kali aku turun bas mesti dia lambai kat aku.”


Masa tu aku darjah 6, dan Khazi merupakan kawan yang paling aku rapat. Actually kitorang sebenarnya ada macam 1 geng yang terdiri daripada 5 orang. Geng suka melepak bilik kaunseling. Dah tu pernah kantoi ponteng kelas pulak tu, memang masak kitorang kena dengan penolong kanan pentadbiran. Yelah kitorang dah lah semua pengawas sekolah siap ada penolong ketua pengawas dalam geng tu. opsss…melalut sudah! Berbalik pada kisah aku dan Khazi tadi, lepas tu Khazi mula cerita serba sedikit pasal budak lelaki yang minat pada dia tu dan bertapa annoying-nya dia pada budak tu.

1 day aku pergi kat budak tu dengan slumber tanya yang dia minat kat Khazi eh, and dengan otai-nya aku cakap kat dia yang Khazi tak suka dia so jangan kacau Khazi lagi.  Budak tu macam terpinga-pinga, terkejut mungkin. Sejak hari tu bermulalah perang antara aku dan budak tu, then aku dapat tau yang nama budak tu Ruzaini. Khazi dengan kawan baik budak tu iaitu Izzul pun turut terlibat. Tapi aku dengan Ruzaini la paling teruk berperang.

Ada sekali tu aku jumpa Ruzaini kat padang. Then Ruzaini bagi aku surat dari Izzul. Dia cakap yang Izzul kata Izzul suka kat aku. Mula-mula aku nak blah tanpa ambik surat tu tapi Ruzaini tahan and bagi jugak surat tu kat aku. Aku ambik surat tu then aku koyak and baling ke muka Ruzaini. Waktu tu aku bengang gila sebab aku ingat Ruzaini nak kenakan aku.

Akhirnya tiba hari terakhir persekolahan untuk tahun 2003. Bermaksud hari terakhir aku bergelar murid sekolah tersebut. Mood yang pada awalnya gembira bertukar sedih bila mula berpisah dengan kawan dan cikgu semua. Aku merenung bangunan sekolah ketika berada dalam bas. Hari tu aku tak gaduh dengan Ruzaini macam selalu, sepatah pun tak bercakap dengan dia. Aku banyak diam and pandang ke luar tingkap.Akhirnya bas berhenti di lorong rumah aku. Sebelum bangun aku sempat toleh ke belakang dan cakap dengan kakak sedara kawan aku. Tetiba aku terdengar suara lelaki memanggil aku. Aku toleh ke kanan aku dan memandang Izzul yang sudah pun bangun. Izzul menghulurkan sepucuk surat kepada aku. Aku pun mengambil dan terus turun dari bas tanpa berkata pape pada Izzul.

Sampai je di rumah aku terus masuk ke bilik. Kebetulan hanya aku dan abang je kat rumah. Ayah dan emak pergi jemput kakak aku di sekolah asramanya. Aku membaca surat dari Izzul. Seriously aku terkejut, aku tak sangka pulak yang Izzul suka kat aku. Isi surat tu tak payah cerita la kan. Standard ayat surat cinta budak sekolah rendah. Sebenarnya aku koyak surat Izzul yang Ruzaini bagi kat padang tu sebab aku ingat Ruzaini yang buat surat tu supaya aku perasan yang kononnya Izzul suka kat aku. Dalam surat terakhir Izzul bagi pada aku tu dia ada cakap pasal aku dengan Ruzaini. Ok kat situ dia dah salah faham hubungan aku dengan Ruzaini. Izzul ingat aku suka kat Ruzaini. Sumpah aku tak pernah ada perasaan kat Ruzaini walaupun sikit. Lepas aku dah habis terkejut baca surat tu, aku gelak-gelak je.


Sehingga ke hari ini masih jelas lagi di ingatan aku apa yang jadi masa tu. Masa tu aku tak pernah ada perasaan pada mana-mana lelaki termasuk Izzul. Dalam hidup aku cuma ada family and friends. Indahnya jadi budak yang hati masih suci tak pernah terluka sebab cinta.  Masa aku form 1 form 2 membe aku dah mula bercinta tapi aku tiada keinginan tu lagi walaupun aku dah mula bergaul and keluar dengan lelaki. Sehinggalah aku kenal dengan Mr Hacks masa aku di tingkatan 3. Biarpun dia pernah buat aku berduka, tapi aku tak pernah menyesal kenal dia. Cinta pertama ni la kotoran paling liat nak tanggal, kotoran  kekal mungkin.


Selama 22 tahun aku hidup dah bermacam dugaan yang aku lalui. Ada kalanya tahap aku down tu boleh katakan kalau aku ni bukan islam, mungkin aku dah bunuh diri. Tapi Alhamdulillah setakat ini aku masih mampu tempuh lagi semua tu dan aku sedar yang pengalaman mendewasakan kita. Satu ketika dulu aku seorang yang pendendam. Kalau orang buat jahat pada aku, aku akan balas balik dengan kejahatan. Tapi sekarang tidak lagi, tipula kalau kata aku tak marah. Marah tu tetap marah tapi at least aku tak dajalkan orang tu balik. Selalunya aku balik bilik membebel mencarut bengang tapi aku tak maki orang tu sebab aku tak nak burukkan lagi keadaan. Kadang-kadang aku menangis sorang-sorang dalam bilik then tidur. Kalau aku dah tak tahan sangat, aku jumpa Monster cerita pada dia. Pernah sekali aku menangis depan Monster, time tu Monster suruh aku menangis sepuasnya supaya aku rasa lega. Terima kasih Monster sebab jadi supporter kuat aku. Hey, Monster yang aku maksudkan ni manusia tau.