Followers

kembalinya MR HACKS

tarikh: 21 oktober 2013 (birthday dia)

bb melalak. ok, no tak kenal call. hope dia yg call.
tekan button hijau.

di sini: hello...
di sana: *sepi*
di sini: *macam dia je* hello, nak cakap dengan siapa?
di sana: semalam adalah sejarah, hari ini...
di sini: *menyampuk* n--! (panggil nama dia)
di sana: *gelak* betul apa yg awak tulis. semalam adalah sejarah, hari ini adalah realiti, esok adalah misteri.

seperti yg aku sangkakan dan harapkan. akhirnya dia call aku jugak masa birthday dia and hingga hari ini setiap hari kami akan luangkan sedikit masa untuk satu sama lain walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan dan komitmen masing-masing.

waktu cuti mid sem hari tu aku spend time kat langkawi dulu sebelum balik ipoh. langkawi is awesome, a lot of sweet memory there. disebabkan kitorang bekerja sambil holiday, so memang tak puas, banyak tempat lagi tak pergi. aku sempat naik parasailing kat pantai cenang. serious awesome, berbaloi jugaklah bayar 50 hengget untuk great experience macam tu.

hari selasa dalam pukul 2 am aku sampai kat terminal amanjaya. dalam kul 2.30 am mak dengan abang sampai untuk jemput aku, merasa jugak naik kereta baru abang. nissan elmira, eh ke almera? ah lupa la nama kereta jadah tu! tak penting pun, tapi lebih kurang gitu la namanya. waktu aku sampai rumah, ayah pun baru sampai dari jb singgah rumah kakak aku kat melaka. 

then dia nak jumpa aku hari rabu. tapi selasa malam tu ada la kitorang gaduh sikit. ok dia buat aku ni macam gf dia? mana boleh! aku single lagi kot, tak suka la orang control aku bagai. at last, tak jadi jumpa.

rabu malam dia call aku pujuk aku. so dia kata pagi esok (khamis) dia ambik aku kat rumah aku. malam tu dia langsung tak tidur. khamis awal pagi lagi dia dah mesej aku tapi aku reply lambat sebab tidur tak ingat dunia punya pasal. dia pulak dah fikir yg aku tak nak keluar dengan dia.

atas kelewatan aku, pukul 12.30 tengah hari baru kitorang keluar. time tu mak aku tak berapa sihat, so sebelum dia datang rumah aku, dia belikan bubur ayam mcd untuk mak. ok, for sure la mak suka kan. dia nak jumpa ayah aku tapi ayah aku kerja. fuhhh...nasib baik la ayah kerja. bukannya aku tak nak bagi dia datang rumah and jumpa family aku tapi belum tiba masanya lagi untuk tu semua

aku pernah cakap kat dia yang aku rindu nak dengar dia nyanyi. pastu dia kata kena tunggu la sebab dia nak nyanyi live depan aku. waktu kitorang dah sampai polo, dia bukak bonet kereta then keluarkan gitar. seriously, i'm so excited. ali dengan acid pulak kutuk dia poyo bagai. tapi dia tebalkan muka depan ali dengan acid sebab nak nyanyi sambil main gitar depan aku punya pasal. aku just diam and enjoy the show.

dah lepak-lepak makan semua, dia pun hantar aku balik. acid yg drive, ali pulak duduk sebelah acid. dia dengan aku duduk belakang. dalam kereta dia saja-saja melalak main gitar then aku curi-curi rekod masa dia nyanyi lagu may. dia memang tak sedar aku tengah rekod, dalam 2 ke 3 hari lepas tu baru aku bagitau dia pasal aku curi-curi rekod. memang dia malu la kan citenya.

anyway thanks untuk hari itu. aku sangat happy. sanggup datang dengan mata panda lagi tu. sanggup tebalkan muka dengan ali and acid semata-mata nak tunaikan permintaan aku dengar dia nyanyi. tak lupa jugak thanks belikan mcd untuk emak.

1 comment:

Umi Sakinah said...

i thought ren keluar dgn lelaki... jangan lupa jaga ikhtilat.. jaga diri...