Followers

"reen, kau ada someone kan sekarang?"
"ala...reen sama macam s*** la, ada skandal."

sekarang ni orang dah salah faham. bukan salah diorang, salah aku jugak.
hari tu bila diorang kata dia tu bf aku, aku tak mengaku.
lepas tu aku biar status kami menjadi tanda tanya, without explanation.

ramai bertanya, ramai mintak penjelasan, ramai yg tak faham.
nak jawab kat sorang-sorang, memang penat.
nak panggil ramai-ramai yg bertanya untuk beri penjelasan, dah bajet retis buat press conference pulak.
perjelaskan kat sini mungkin lebih mudah.

aku tak pernah tipu, dia bukan bf aku dan aku masih single.
tak dinafikan dia pernah mintak declare, tapi ditolak dengan cara baik.
kenapa aku tak nak, serious aku takde jawapan yg tepat untuk itu.
tapi cukup la sekadar tahu aku tak nak mengikat diri aku dengan ikatan 'couple' itu.
bagi aku couple ke tak, tak membawa apa-apa makna pun.
couple tetap tak menghalalkan sesuatu hubungan.
couple juga bukan tiket untuk booking aku menjadi yg halal untuk dia.

aku boleh elakkan diri untuk couple, tapi aku masih tak mampu menghalang dia dari mencuri hati aku. dan dia pun begitu.
kami merancang untuk masa hadapan, untuk dapatkan cop halal dalam perhubungan.
sedang berkira-kira duit yg perlu disimpan dan belanja yg diperlukan.
insyaAllah dalam dua tahun lagi, tahun 2015 mungkin.
tapi seperti yg kita ketahui, kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan.
apa yg aku termampu hanyalah berdoa andai memang kami dijodohkan untuk bersama, Engkau permudahkan lah segala urusan.

kami sedang berusaha untuk perbaiki diri masing-masing, menambah ilmu agama dalam diri.
dia dah berkira-kira untuk bersemuka dengan keluarga aku, mula mengambil hati emak dan ayah aku.
tapi dugaan memang banyak dan ada satu penghalang utama antara kami.
kerana itulah hubungan kami menjadi sangat complicated.
tetapi chemistry yg terbina antara kami membuatkan kami tekad merancang masa depan.

sungguhpun begitu aku tidak mahu terlalu berharap kerana masa depan tiada siapa yg tahu.
andai kata kami tidak dijodohkan untuk bersama, jangan persoalkan kenapa pada aku kerana Allah yg lebih mengetahui apa yg terbaik buat kami.
bukan niat ku untuk riak tapi niat ku hanya ingin perjelaskan keadaan sebenar kerana aku tidak suka dituduh berskandal dengan dia.
kepada kalian semua, tiada apa yg ingin ku pinta melainkan doa kalian buat kami.
doakan yg terbaik untuk kami dan doakan agar segalanya dipermudahkan.

may Allah bless.