Followers

Dear Duttt,
I miss you. I miss you. I miss you.
Mungkin awak dah jemu dengar perkataan rindu dari saya tapi saya tak pernah jemu mengungkapkannya. Kerana itu yang sering saya rasakan. Awak pernah tanya kenapa saya sayang awak. Saya jawab, entah la. Well, true love is a love with no reason at all. If you're good in something, one day another person will be better than you.

Duttt, terima kasih kerana selalu manjakan saya. To be honest, saya suka gile bila awak manjakan saya. Walaupun saya anak bongsu, parents saya bukan jenis memanjakan saya. Tapi lumrah anak bongsu kot ingin dimanjakan. Saya ingat lagi masa kita baru kenal, saya pernah pesan kat awak supaya jangan manjakan saya. Waktu tu saya risau kalau saya dah biasa dimanjakan, nanti saya tak boleh berdikari. Saya tak nak bergantung pada orang lain, tak nak menyusahkan awak. Saya tak nak 1 day nanti awak akan rasa saya ni sebagai beban untuk awak.

Awak tau tak awak ni pelik. Awak suka cari gaduh dengan saya, suka kutuk saya, saje je buat saya marah. Tapi lepas tu awak akan pujuk saya. Bila saya tanya kenapa awak buat macam tu, awak jawab sebab saya comel bila marah and awak suka pujuk saya. Awak langsung tak takut bila saya marah tapi bila saya diam je kemain lagi awak punya gelabah. Awak cakap sebab awak takut kehilangan saya. Duttt duttt, awak selalu berjaya cairkan hati saya. Sebab tu la kot saya tak boleh nak marah awak lama-lama.

Bila saya takde point nak drop awak, kekadang tu awak saje je bagi saya point. Mungkin sebab saya akan gelak besar bila dapat point nak drop awak. Hehe. Tapi bila datang saya punya lampi, awak bengang je dengan saya kan? Sorry duttt. Dah saya memang tak paham, nak buat cane kan. Takpe nanti awak tolong upgrade ram saya bagi laju sikit eh? 

Duttt, saya selalu berharap awak sentiasa di sisi saya tika saya gembira mahupun berduka. Berharap awak selalu menemani hari-hari saya dan menjadi kekuatan untuk saya tempuhi segala dugaan dan cabaran. Tapi saya tau walaupun jasad awak tiada di sini, tapi awak sentiasa ada dalam hati saya. Sebab setiap kali saya tanya awak kat mana, awak akan jawab "dalam hati awak".

Thanks duttt. Thanks for everything. I love you most.

With love,
Cett
setiap kali aku datang UUM, banyak betul story dari junior aku. banyak benda yg diorang nak aku catch up. kisah A berperang dengan B. C dipulaukan dari geng. puak D perang besar dengan puak E. si F tengah berbahagia dengan G. H pulak crush dengan I. J digosipkan dengan K tapi K tak suka sampai mengamuk. L scandal dengan M tapi M lebih-lebih pulak kuat jelesnya. aku? aku tukang gelak and bagi komen. aku malas nak ambik port sangat. sekadar mendengar boleh la. plus, aku bukan student kat situ dah. datang sana pun sekadar untuk konvo je.

aku banyak jugak dengar orang complain pasal JKPS skang. ada yg merungut-rungut compare JKPS skang dengan JKPS dulu. batch aku la tu JKPS dulu. hahaha.well aku rasa normal la tu bila orang buat comparison. macam la rakyat msia ni tak pernah comparekan kepimpinan najib dengan mahathir. sebenarnya aku tak tau nak cakap macam mana sebab aku takde kat sana, aku tak tau situasi sebenar. aku just dengar dari apa yg ramai cakap kat aku. tapi aku tak pernah dengar apa pulak yg JKPS sekalian tu cakap. so macam tak fair je nak judge kalau tak dengar cerita dari 2 pihak kan.

apa yg aku boleh katakan dari pengalaman aku yg lepas, kitorang dulu pun pernah dicomparekan dengan JKPS sebelum kitorang. aku ingat lagi time tu ada budak ngadu "waktu kak aten (JKPS dulu) dulu kalau nak apa pun akan bg masa, tapi JKPS skang kalau nak something tu kena buat sampai siap jugak". so aku fikir positif je la dengan mengatakan yg kitorang lebih tegas berbanding JKPS dulu. kalau tak tegas memang kena pijak kepala wei. tapi kitorang tetap berdiplomasi.

orang selalu salah anggap dengan JKPS. well kitorang ni manusia biasa, tak perfect pun tapi kitorg cuba buat yg terbaik untuk semua. ingat senang ke nak memimpin dekat seribu orang student? dah tu pulak lain orang lain pandangan lain kemahuan, memang susah nak puaskan hati semua orang. kekadang tu ada pihak yg buat JKPS ni macam pencacai. fikir la sikit kitorang ni student jugak ada esaimen, ada kelas macam student lain. kitorang bukan kerani kat situ, apatah lagi pencacai. at least jadi kerani bulan-bulan masyuk jugak gaji. kitorang ni sekadar elaun 100 untuk 1 sem. 1 sem tu dekat 6 bulan wei. kalau fikirkan duit memang langsung tak berbaloi.

ada yg cakap JKPS ni gipang. aku tak tau la JKPS lain tu tapi bagi aku sendiri, sejak pertama kali aku jejakkan kaki di UUM, aku langsung tak pernah mengimpikan jawatan tu. aku langsung tak pernah imagine 1 day aku akan pegang jawatan tu. malah aku telah dipaksa dan dipujuk oleh beberapa pihak untuk terima jawatan tu. mungkin boleh dikatakan aku dipsiko. serius sampai aku pernah menangis bila terima surat tawaran tu. tapi air mata yg mengalir tu bukan kerana aku gembira tapi kerana aku tak rela.

tipu kata kalau aku tak pernah stress. sebagai pelajar tahun akhir yg perlukan banyak komitmen dalam pelajaran dalam masa yg sama memikul tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar, beban tu memang la bertimbun-timbun rasa. alhamdulillah akhirnya aku berjaya harungi segala dugaan dan cabaran walaupun adakalanya mengalir jugak air mata aku kerana lelah dengan semuanya.

berbalik pada cerita JKPS skang, aku dengar korang ada puak-puak dalam organisasi tu sendiri. normal la kalau ada salah faham antara satu sama lain. well lain orang lain pandangan kan. tapi try setelkan cara baik, jangan sampai orang luar tau masalah dalaman. pandai-pandai la sorok kain yg tercarik tu. ni sampai budak DPP lain pun tau, macam tak best la. kitorang dulu pun pernah je ada masalah dalaman tapi orang lain semua tak tau sebab kitorang pandai sembunyikan. kontrak korang pun tinggal beberapa bulan je lagi kan. all the best. hope korang boleh setel masalah korang, macam tak best je bermasam muka dengan orang dalam organisasi tu sendiri. lagi tak best bila dengar kata dengan orang office pun korang gaduh.


semakin hari aku semakin sayang kat dia. kekadang terbit perasaan risau, sungguh aku risau andai dikecewakan satu hari nanti. paling aku risau pasal mak dia. tak habis fikir macam mana nak ambik hati mak dia. sungguh aku rasa insecure bila ex dia muncul. bukan sebab aku tak percayakan dia tapi obviously mak dia sukakan ex dia. well, calon menantu pilihankan. sebagai seorang anak mesti la akan utamakan mak, nak pulak kalau anak lelaki even dah kahwin tetap kena utamakan emak dari bini. aku dah la jenis tak reti nak bodek. entah la malas nak fikir buat masa ni, ok bai!

Maha Jeles

perasaan maha jeles.
kadang-kadang seronok sebab rasa disayangi sangat-sangat.
tapi kalau dah maha dahsyat jeles tu boleh sampai tahap rimas kot.
so, nak jeles tu boleh tapi ada limit.
jangan sampai perasaan maha jeles tu jadi perosak hubungan.

well, tak semua orang suka tengok aku dan kau bahagia.
spesis perosak hubungan memang wujud. tak banyak, sikit.
jangan sampai spesis ni bertepuk tangan bersorak gembira tengok kita porak peranda.
benda yg takde hal, tak perlu susah payah jadikan hal.

ok, ini bukan untuk kau je tapi lebih kepada peringatan untuk aku sendiri.

"kalau dapat anak lelaki muka macam saya kulit putih macam awak, mesti handsome."

"sekarang ni awak nak cakap yg awak handsome la?"

 kalau sehari tak masuk troli tolak sendiri tu, memang bukan MUHAMMAD HAIREE BIN SULIMAN la namanya kan. tak pun tu maknanya dia sakit la tu. hahaha.


Last Week Internship- 1

Untuk throwback last week kat office memang sedih. 4 bulan beb! Dah banyak benda aku lalui di sana bersama orang-orang sana.

Actually aku dah rasa aura sedih tu waktu last day kitorang outstation sempena Festival Belia Putrajaya. Time tu aku dengan budak intern lain lepak kat van sementara tunggu Akhyar dengan abang Raimi uruskan check out team Perak. Then aku dapat call dari abang Hafiz.

"Hello. Ros ada kat mana?"
"Ada kat UKM ni. Kenapa?"
"Abang nak jumpa kamu jap, ada benda nak cakap. Kita jumpa kat kafe hari tu."
"Ok. Bila? Sekarang ke?"
"Abang otw gi sana ni. Lagi 15 minit kamu tunggu kat sana ye."
"Orite."

Lepak punya lepak, abang Hafiz dan abang Shafiq datang kat van.

"Ni abang ada amanat dari abang Wan kamu."

Aku diam pandang abang Hafiz dengan muka serius. Hati dah dup dap dup dap. Aku ada buat salah ke? Abang Hafiz hulurkan duit kat aku, duit dari abang Wan. Aku terlongo, rasa serba salah nak ambik. Dah la sebelum ke Putrajaya, abang Wan ada bagi duit jugak kat aku.

"Abang Wan cakap nanti singgah makan bayar sendiri. Guna duit yg dia bagi tu, jangan susahkan abang Raimi."

Selalunya kalau outstation aku akan gerak sekali dengan abang Wan. So memang dia yg tanggung segala makan minum and duit poket aku. Aku tak rasa kekok pun sebelum ni sebab memang dia selalu buat aku macam PA dia. Tapi kali ni lain, atas beberapa kekangan aku langsung tak membantu dia time kat Putrajaya. Tapi dia memang memahami.

Kau bayangkan la aku setiap pagi akan pit stop kat Pavilion Negeri untuk lapor diri la konon-konon. Pastu kena jalan kaki dengan terik matahari sejauh around 2.7 km nak ke port abang-abang sukan tu. Yg tu satu hal, satu hal lagi line kat sana memang macam lahanat la. Line tenet lagi la toksah dikenang. dalam 10 cubaan orang call aku, hanya satu panggilan je yg lepas dapat cakap dengan aku. Yg lain tu semua aku dapat mesej dari celcom je ada missed call seolah-olah nset aku off walhal aku langsung tak pernah off kan nset aku. Orang lain yg guna maxis, digi, bagai tu pun terima nasib yg sama macam aku. Dah tu abang Wan whatsapp aku time pagi, time tengah malam dah sampai UKM baru aku terima whatsapp tu. Memang dah basi la citenya.

So after setel hal dengan abang Hafiz dan abang Shafiq, aku pun whatsapp abang Wan.

Aku: Abg wan...terima kasih
Aku: Drpd ros, miza, nad n leyaaa
Dia: Sma2...sory x sempat jumpe u all..sya otw dh ke klia
Dia: Thnx rose..byk bantu bhg sukan
Dia: Jasa mu ttp kami kenang
Dia: Wpn lobang hidung mu mjadi pujaan ati hahaha...jgn mara yer..hati2 plg ipoh

Lepas baca je mesej dia tu, aku terus stuck. Damn! Mata masuk habuk. Tak sangka pertemuan hari sabtu kat Ali Maju Cafe tu merupakan pertemuan terakhir aku dengan abang Wan sepanjang aku internship. Abang Wan ambik cuti seminggu balik Sabah. Seminggu dia cuti tu la merupakan minggu terakhir aku kat office. Sungguh aku benci pada perpisahan. Dalam kesedihan aku terus gagahkan diri reply whatsapp dari abang Wan. Kami saling meminta maaf, etc etc. Ada dua mesej dari abang Wan yg aku nak highlightkan kat sini.

"Bila keja nnt kamu dh bole tahu mcm mana mau tackle peg n pbantu kamu dlm keja"
"Kamu la student praktikal paling best.."

Betul kata aufi aku ni luar je keras tapi hati tisu. Sensitiviti aku melebih-lebih mungkin. Ke semua orang macam aku waktu last week internship? Oh ya, pasal lubang hidung tu sebenarnya gambar profile whatsapp aku, aku penyetkan hidung ke atas bagi nampak lubang hidung. So, abang-abang bahagian sukan memang suka menganjing aku pasal gambar tu. Ada yang pernah suruh aku tukar tapi aku malas. Sebenarnya panjang lagi story aku. Ni baru perpisahan dengan abang Wan, belum dengan yg lain-lain lagi. Next time kalau rajin aku sambung la. Ok, bai!

NO motive!

kahkahkahkah! nak gelak dulu. dah la lama tak update blog, nak belek lagi la dah lama tak buat. memang tahap dah habis season ni.

for the time being, banyak gile benda dah jadi kat life aku either good or bad. actually nak taip pun rasa kekok ni. sejak aku start intern, my lovely soso (laptop) memang terabai. online pun kat nset je. buat kije pun guna pc office. budak intern lain hare la nak dapat pc, tapi aku sorang je dapat. nampak tak bos sayang aku lebih? siap dapat bilik lagi kat opis tu. runningman dah berapa episod entah aku terlepas. awal intern dulu sempat jugak curi masa tengok runningman, tapi lepas tu bapak ah bz giler sampai weekend pun datang kije la, outstation la, ada program la, blablabla. btw, jumaat hari tu last day aku intern, tu pasal la ni ada masa nak ngarut kat sini.

deep inside, aku already miss my intern world. aku suka dunia aku kat sana. serius banyak benda yg aku dah belajar. dengan officemates yg bapak sporting. kalau boleh aku nak cari kije yg banyak kena gi outstation, merantau-rantau. takde la mendap kepala otak aku duduk kat opis je. after setel hantar report semua, aku akan mulakan job hunting. kalau boleh tak nak la kat ipoh sebab aku memang suka merantau. since aku habis sekolah, aku bukan la jenis duduk bawah ketiak mak bapak except waktu intern ni la. tu pun actually aku nak buat kat puchong tapi mak aku tak bagi. sekeras-keras kepala aku pun, aku jenis dengar cakap mak bapak lagi kot. well, mak bapak mana ada pengganti kan. lagipun syurga dibawah tapak kaki mak.

bila fikir balik, memang ada hikmah aku tak dapat intern kat puchong. kat sini aku buat banyak program. banyak kenal orang baru. banyak ragam yg aku belajar untuk handle. yg paling syiok adalah my bz world. balik je dari office bapak ah penat. so terus mandi, solat, makan, tahan mata jap. lepas isyak je aku dah down. tak sempat nak fikir apa, nak mengelamun apa dah. weekend pun macam tu. hari last day aku intern tu actually abang opis ajak aku join program kat sungkai tapi aku malas. oleh sebab tu last day aku, so aku nak rasa weekend yg betul-betul weekend. ternyata weekend tu bosan kalau aku tak gi kenduri kat kuala kangsar then main dengan sepupu sepapat aku yg kecik kecik lagi tu.

ok, aku nak buat post baru nak throwback last week kat opis la. diharap ada kerajinan untuk itu. nanti boleh la kenangkan masa lalu kat opis bila baca balik dah lama nanti. ok bai!

 




sang pelangi

"akak...akak.." si comel menggamitkan tangan supaya rapat ke arahnya.

lantas aku mendekatkan telingaku ke arah mulut si comel.

muahhh! satu ciuman dari si comel hinggap di pipi kananku.

dengan muka blur aku pandang wajah si comel.

"abang pesan suruh kiss pipi tembam akak untuk abang." si comel seakan mengerti yg aku perlukan penjelasan.

lalu aku pandang ke arah dia. dia tersenyum nakal padaku.

hatiku tertanya, adakah dia pelangi aku?


#thanks awak atas segala kenangan indah yg telah tercipta :)