Followers

Last Week Internship- 1

Untuk throwback last week kat office memang sedih. 4 bulan beb! Dah banyak benda aku lalui di sana bersama orang-orang sana.

Actually aku dah rasa aura sedih tu waktu last day kitorang outstation sempena Festival Belia Putrajaya. Time tu aku dengan budak intern lain lepak kat van sementara tunggu Akhyar dengan abang Raimi uruskan check out team Perak. Then aku dapat call dari abang Hafiz.

"Hello. Ros ada kat mana?"
"Ada kat UKM ni. Kenapa?"
"Abang nak jumpa kamu jap, ada benda nak cakap. Kita jumpa kat kafe hari tu."
"Ok. Bila? Sekarang ke?"
"Abang otw gi sana ni. Lagi 15 minit kamu tunggu kat sana ye."
"Orite."

Lepak punya lepak, abang Hafiz dan abang Shafiq datang kat van.

"Ni abang ada amanat dari abang Wan kamu."

Aku diam pandang abang Hafiz dengan muka serius. Hati dah dup dap dup dap. Aku ada buat salah ke? Abang Hafiz hulurkan duit kat aku, duit dari abang Wan. Aku terlongo, rasa serba salah nak ambik. Dah la sebelum ke Putrajaya, abang Wan ada bagi duit jugak kat aku.

"Abang Wan cakap nanti singgah makan bayar sendiri. Guna duit yg dia bagi tu, jangan susahkan abang Raimi."

Selalunya kalau outstation aku akan gerak sekali dengan abang Wan. So memang dia yg tanggung segala makan minum and duit poket aku. Aku tak rasa kekok pun sebelum ni sebab memang dia selalu buat aku macam PA dia. Tapi kali ni lain, atas beberapa kekangan aku langsung tak membantu dia time kat Putrajaya. Tapi dia memang memahami.

Kau bayangkan la aku setiap pagi akan pit stop kat Pavilion Negeri untuk lapor diri la konon-konon. Pastu kena jalan kaki dengan terik matahari sejauh around 2.7 km nak ke port abang-abang sukan tu. Yg tu satu hal, satu hal lagi line kat sana memang macam lahanat la. Line tenet lagi la toksah dikenang. dalam 10 cubaan orang call aku, hanya satu panggilan je yg lepas dapat cakap dengan aku. Yg lain tu semua aku dapat mesej dari celcom je ada missed call seolah-olah nset aku off walhal aku langsung tak pernah off kan nset aku. Orang lain yg guna maxis, digi, bagai tu pun terima nasib yg sama macam aku. Dah tu abang Wan whatsapp aku time pagi, time tengah malam dah sampai UKM baru aku terima whatsapp tu. Memang dah basi la citenya.

So after setel hal dengan abang Hafiz dan abang Shafiq, aku pun whatsapp abang Wan.

Aku: Abg wan...terima kasih
Aku: Drpd ros, miza, nad n leyaaa
Dia: Sma2...sory x sempat jumpe u all..sya otw dh ke klia
Dia: Thnx rose..byk bantu bhg sukan
Dia: Jasa mu ttp kami kenang
Dia: Wpn lobang hidung mu mjadi pujaan ati hahaha...jgn mara yer..hati2 plg ipoh

Lepas baca je mesej dia tu, aku terus stuck. Damn! Mata masuk habuk. Tak sangka pertemuan hari sabtu kat Ali Maju Cafe tu merupakan pertemuan terakhir aku dengan abang Wan sepanjang aku internship. Abang Wan ambik cuti seminggu balik Sabah. Seminggu dia cuti tu la merupakan minggu terakhir aku kat office. Sungguh aku benci pada perpisahan. Dalam kesedihan aku terus gagahkan diri reply whatsapp dari abang Wan. Kami saling meminta maaf, etc etc. Ada dua mesej dari abang Wan yg aku nak highlightkan kat sini.

"Bila keja nnt kamu dh bole tahu mcm mana mau tackle peg n pbantu kamu dlm keja"
"Kamu la student praktikal paling best.."

Betul kata aufi aku ni luar je keras tapi hati tisu. Sensitiviti aku melebih-lebih mungkin. Ke semua orang macam aku waktu last week internship? Oh ya, pasal lubang hidung tu sebenarnya gambar profile whatsapp aku, aku penyetkan hidung ke atas bagi nampak lubang hidung. So, abang-abang bahagian sukan memang suka menganjing aku pasal gambar tu. Ada yang pernah suruh aku tukar tapi aku malas. Sebenarnya panjang lagi story aku. Ni baru perpisahan dengan abang Wan, belum dengan yg lain-lain lagi. Next time kalau rajin aku sambung la. Ok, bai!

NO motive!

kahkahkahkah! nak gelak dulu. dah la lama tak update blog, nak belek lagi la dah lama tak buat. memang tahap dah habis season ni.

for the time being, banyak gile benda dah jadi kat life aku either good or bad. actually nak taip pun rasa kekok ni. sejak aku start intern, my lovely soso (laptop) memang terabai. online pun kat nset je. buat kije pun guna pc office. budak intern lain hare la nak dapat pc, tapi aku sorang je dapat. nampak tak bos sayang aku lebih? siap dapat bilik lagi kat opis tu. runningman dah berapa episod entah aku terlepas. awal intern dulu sempat jugak curi masa tengok runningman, tapi lepas tu bapak ah bz giler sampai weekend pun datang kije la, outstation la, ada program la, blablabla. btw, jumaat hari tu last day aku intern, tu pasal la ni ada masa nak ngarut kat sini.

deep inside, aku already miss my intern world. aku suka dunia aku kat sana. serius banyak benda yg aku dah belajar. dengan officemates yg bapak sporting. kalau boleh aku nak cari kije yg banyak kena gi outstation, merantau-rantau. takde la mendap kepala otak aku duduk kat opis je. after setel hantar report semua, aku akan mulakan job hunting. kalau boleh tak nak la kat ipoh sebab aku memang suka merantau. since aku habis sekolah, aku bukan la jenis duduk bawah ketiak mak bapak except waktu intern ni la. tu pun actually aku nak buat kat puchong tapi mak aku tak bagi. sekeras-keras kepala aku pun, aku jenis dengar cakap mak bapak lagi kot. well, mak bapak mana ada pengganti kan. lagipun syurga dibawah tapak kaki mak.

bila fikir balik, memang ada hikmah aku tak dapat intern kat puchong. kat sini aku buat banyak program. banyak kenal orang baru. banyak ragam yg aku belajar untuk handle. yg paling syiok adalah my bz world. balik je dari office bapak ah penat. so terus mandi, solat, makan, tahan mata jap. lepas isyak je aku dah down. tak sempat nak fikir apa, nak mengelamun apa dah. weekend pun macam tu. hari last day aku intern tu actually abang opis ajak aku join program kat sungkai tapi aku malas. oleh sebab tu last day aku, so aku nak rasa weekend yg betul-betul weekend. ternyata weekend tu bosan kalau aku tak gi kenduri kat kuala kangsar then main dengan sepupu sepapat aku yg kecik kecik lagi tu.

ok, aku nak buat post baru nak throwback last week kat opis la. diharap ada kerajinan untuk itu. nanti boleh la kenangkan masa lalu kat opis bila baca balik dah lama nanti. ok bai!