Followers

NO motive!

kahkahkahkah! nak gelak dulu. dah la lama tak update blog, nak belek lagi la dah lama tak buat. memang tahap dah habis season ni.

for the time being, banyak gile benda dah jadi kat life aku either good or bad. actually nak taip pun rasa kekok ni. sejak aku start intern, my lovely soso (laptop) memang terabai. online pun kat nset je. buat kije pun guna pc office. budak intern lain hare la nak dapat pc, tapi aku sorang je dapat. nampak tak bos sayang aku lebih? siap dapat bilik lagi kat opis tu. runningman dah berapa episod entah aku terlepas. awal intern dulu sempat jugak curi masa tengok runningman, tapi lepas tu bapak ah bz giler sampai weekend pun datang kije la, outstation la, ada program la, blablabla. btw, jumaat hari tu last day aku intern, tu pasal la ni ada masa nak ngarut kat sini.

deep inside, aku already miss my intern world. aku suka dunia aku kat sana. serius banyak benda yg aku dah belajar. dengan officemates yg bapak sporting. kalau boleh aku nak cari kije yg banyak kena gi outstation, merantau-rantau. takde la mendap kepala otak aku duduk kat opis je. after setel hantar report semua, aku akan mulakan job hunting. kalau boleh tak nak la kat ipoh sebab aku memang suka merantau. since aku habis sekolah, aku bukan la jenis duduk bawah ketiak mak bapak except waktu intern ni la. tu pun actually aku nak buat kat puchong tapi mak aku tak bagi. sekeras-keras kepala aku pun, aku jenis dengar cakap mak bapak lagi kot. well, mak bapak mana ada pengganti kan. lagipun syurga dibawah tapak kaki mak.

bila fikir balik, memang ada hikmah aku tak dapat intern kat puchong. kat sini aku buat banyak program. banyak kenal orang baru. banyak ragam yg aku belajar untuk handle. yg paling syiok adalah my bz world. balik je dari office bapak ah penat. so terus mandi, solat, makan, tahan mata jap. lepas isyak je aku dah down. tak sempat nak fikir apa, nak mengelamun apa dah. weekend pun macam tu. hari last day aku intern tu actually abang opis ajak aku join program kat sungkai tapi aku malas. oleh sebab tu last day aku, so aku nak rasa weekend yg betul-betul weekend. ternyata weekend tu bosan kalau aku tak gi kenduri kat kuala kangsar then main dengan sepupu sepapat aku yg kecik kecik lagi tu.

ok, aku nak buat post baru nak throwback last week kat opis la. diharap ada kerajinan untuk itu. nanti boleh la kenangkan masa lalu kat opis bila baca balik dah lama nanti. ok bai!

 




No comments: