Followers

Dear Duttt,
I miss you. I miss you. I miss you.
Mungkin awak dah jemu dengar perkataan rindu dari saya tapi saya tak pernah jemu mengungkapkannya. Kerana itu yang sering saya rasakan. Awak pernah tanya kenapa saya sayang awak. Saya jawab, entah la. Well, true love is a love with no reason at all. If you're good in something, one day another person will be better than you.

Duttt, terima kasih kerana selalu manjakan saya. To be honest, saya suka gile bila awak manjakan saya. Walaupun saya anak bongsu, parents saya bukan jenis memanjakan saya. Tapi lumrah anak bongsu kot ingin dimanjakan. Saya ingat lagi masa kita baru kenal, saya pernah pesan kat awak supaya jangan manjakan saya. Waktu tu saya risau kalau saya dah biasa dimanjakan, nanti saya tak boleh berdikari. Saya tak nak bergantung pada orang lain, tak nak menyusahkan awak. Saya tak nak 1 day nanti awak akan rasa saya ni sebagai beban untuk awak.

Awak tau tak awak ni pelik. Awak suka cari gaduh dengan saya, suka kutuk saya, saje je buat saya marah. Tapi lepas tu awak akan pujuk saya. Bila saya tanya kenapa awak buat macam tu, awak jawab sebab saya comel bila marah and awak suka pujuk saya. Awak langsung tak takut bila saya marah tapi bila saya diam je kemain lagi awak punya gelabah. Awak cakap sebab awak takut kehilangan saya. Duttt duttt, awak selalu berjaya cairkan hati saya. Sebab tu la kot saya tak boleh nak marah awak lama-lama.

Bila saya takde point nak drop awak, kekadang tu awak saje je bagi saya point. Mungkin sebab saya akan gelak besar bila dapat point nak drop awak. Hehe. Tapi bila datang saya punya lampi, awak bengang je dengan saya kan? Sorry duttt. Dah saya memang tak paham, nak buat cane kan. Takpe nanti awak tolong upgrade ram saya bagi laju sikit eh? 

Duttt, saya selalu berharap awak sentiasa di sisi saya tika saya gembira mahupun berduka. Berharap awak selalu menemani hari-hari saya dan menjadi kekuatan untuk saya tempuhi segala dugaan dan cabaran. Tapi saya tau walaupun jasad awak tiada di sini, tapi awak sentiasa ada dalam hati saya. Sebab setiap kali saya tanya awak kat mana, awak akan jawab "dalam hati awak".

Thanks duttt. Thanks for everything. I love you most.

With love,
Cett

1 comment:

Cik Anggur said...

follow blog twitter dan like fb cik anggur balik di http://inibelogcikanggur.blogspot.com terima kasih