Followers

setiap kali aku datang UUM, banyak betul story dari junior aku. banyak benda yg diorang nak aku catch up. kisah A berperang dengan B. C dipulaukan dari geng. puak D perang besar dengan puak E. si F tengah berbahagia dengan G. H pulak crush dengan I. J digosipkan dengan K tapi K tak suka sampai mengamuk. L scandal dengan M tapi M lebih-lebih pulak kuat jelesnya. aku? aku tukang gelak and bagi komen. aku malas nak ambik port sangat. sekadar mendengar boleh la. plus, aku bukan student kat situ dah. datang sana pun sekadar untuk konvo je.

aku banyak jugak dengar orang complain pasal JKPS skang. ada yg merungut-rungut compare JKPS skang dengan JKPS dulu. batch aku la tu JKPS dulu. hahaha.well aku rasa normal la tu bila orang buat comparison. macam la rakyat msia ni tak pernah comparekan kepimpinan najib dengan mahathir. sebenarnya aku tak tau nak cakap macam mana sebab aku takde kat sana, aku tak tau situasi sebenar. aku just dengar dari apa yg ramai cakap kat aku. tapi aku tak pernah dengar apa pulak yg JKPS sekalian tu cakap. so macam tak fair je nak judge kalau tak dengar cerita dari 2 pihak kan.

apa yg aku boleh katakan dari pengalaman aku yg lepas, kitorang dulu pun pernah dicomparekan dengan JKPS sebelum kitorang. aku ingat lagi time tu ada budak ngadu "waktu kak aten (JKPS dulu) dulu kalau nak apa pun akan bg masa, tapi JKPS skang kalau nak something tu kena buat sampai siap jugak". so aku fikir positif je la dengan mengatakan yg kitorang lebih tegas berbanding JKPS dulu. kalau tak tegas memang kena pijak kepala wei. tapi kitorang tetap berdiplomasi.

orang selalu salah anggap dengan JKPS. well kitorang ni manusia biasa, tak perfect pun tapi kitorg cuba buat yg terbaik untuk semua. ingat senang ke nak memimpin dekat seribu orang student? dah tu pulak lain orang lain pandangan lain kemahuan, memang susah nak puaskan hati semua orang. kekadang tu ada pihak yg buat JKPS ni macam pencacai. fikir la sikit kitorang ni student jugak ada esaimen, ada kelas macam student lain. kitorang bukan kerani kat situ, apatah lagi pencacai. at least jadi kerani bulan-bulan masyuk jugak gaji. kitorang ni sekadar elaun 100 untuk 1 sem. 1 sem tu dekat 6 bulan wei. kalau fikirkan duit memang langsung tak berbaloi.

ada yg cakap JKPS ni gipang. aku tak tau la JKPS lain tu tapi bagi aku sendiri, sejak pertama kali aku jejakkan kaki di UUM, aku langsung tak pernah mengimpikan jawatan tu. aku langsung tak pernah imagine 1 day aku akan pegang jawatan tu. malah aku telah dipaksa dan dipujuk oleh beberapa pihak untuk terima jawatan tu. mungkin boleh dikatakan aku dipsiko. serius sampai aku pernah menangis bila terima surat tawaran tu. tapi air mata yg mengalir tu bukan kerana aku gembira tapi kerana aku tak rela.

tipu kata kalau aku tak pernah stress. sebagai pelajar tahun akhir yg perlukan banyak komitmen dalam pelajaran dalam masa yg sama memikul tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar, beban tu memang la bertimbun-timbun rasa. alhamdulillah akhirnya aku berjaya harungi segala dugaan dan cabaran walaupun adakalanya mengalir jugak air mata aku kerana lelah dengan semuanya.

berbalik pada cerita JKPS skang, aku dengar korang ada puak-puak dalam organisasi tu sendiri. normal la kalau ada salah faham antara satu sama lain. well lain orang lain pandangan kan. tapi try setelkan cara baik, jangan sampai orang luar tau masalah dalaman. pandai-pandai la sorok kain yg tercarik tu. ni sampai budak DPP lain pun tau, macam tak best la. kitorang dulu pun pernah je ada masalah dalaman tapi orang lain semua tak tau sebab kitorang pandai sembunyikan. kontrak korang pun tinggal beberapa bulan je lagi kan. all the best. hope korang boleh setel masalah korang, macam tak best je bermasam muka dengan orang dalam organisasi tu sendiri. lagi tak best bila dengar kata dengan orang office pun korang gaduh.


No comments: